DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN
PENDIDIKAN
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada
03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang. Beliau telah berpindah dan
bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan
pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah
belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di
sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin,
Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.
PERTUBUHAN AWAL SYARIKAT
De herbs Healthy Marketing ditubuhkan pada
September 2010 dimana kami hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan
seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk
pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini Kami
mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 30 rangkaian
produk baru dengan seramai 15 orang kakitangan yang membantu melancarkan
perjalanan syarikat.
Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 kami
telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan
urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini De Herbs
telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada
di Malaysia, Singapura dan Brunei dan kami juga berazam untuk menjadi salah
satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan
matlamat kami sehingga ke seluruh dunia.
WAWASAN, MISI DAN OBJEKTIF SYARIKAT
Wawasan:
Syarikat:
Visi Utama De Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
Visi Utama De Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
Misi
Syarikat:
Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada De Herbs
Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada De Herbs
Objektif
Syarikat:
- Membantu masyarakat merawat wajah luaran dan dalaman.
- Memberikan perkhidmatan selepas jualan.
- Mempunyai konsep kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria.
- Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.
- Mengedarkan produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan semua produk yang terdapat di pasaran khususnya Malaysia dan menjadikan sebagai kedai semua dalam satu bagi memudahkan pengguna (One Stop Center).
- Membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad.
- Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan yang sangat mencabar.
KENAPA D’HERBS MENJADI PILIHAN
- Syarikat yang kukuh, telah beroperasi selama 3 tahun dan kini menjadi antara produk terlaris di pasaran
- Pelan Pemasaran yang mudah dan menarik
- Menyediakan sistem latihan dan bantuan aktiviti
- Bonus serta ganjaran menarik dan mampu dicapai
- Menyediakan kemudahan sistem online
- Mempunyai kilang sendiri dan menghasilkan produk yang berkualiti
- Produk pencetus fenomena dengan harga rendah kualiti berbaloi
- Peneraju dalam menghasilkan produk Jus Minuman Kesihatan
- Komited kepada pengeluaran poduk BERSIH, SUCI dan HALAL
- Syarikat berlesen dan milik penuh Bumiputera
- Fleksibel dan mudah bertolak ansur dari aspek perniagaan
PROMOSI & PENGIKLANAN:
Kami telah mengiklankan produk De Herbs di majalah
dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga,
Harmoni, Metro, di mana iklan kami telah disiarkan setiap minggu dan ianya
memberi impak yang sangat besar kerana kami . Kami juga telah bersiaran di
radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
PERKEMBANGAN TAHUN 2012 - 2014
Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs
di mana kami telah bernaung di bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan kami
telah mengembangkan perniagaan kami dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat
milik syarikat yang lebih strategik dan selesa .Dengan perpindahan ini,
syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan
memasarkan produk D’ herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.
Kami juga telah membuka beberapa anak syarikat
iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan
sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan
seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan
produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan
produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh
Malaysia.
D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang
dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk
pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan kami juga membuka ruang kepada
syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah
syarikat ini.Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir
penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk
mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan.