10
USAHAWAN TERKAYA DI MALAYSIA
Malaysian
Busines, majalah perniagaan utama di negara ini baru-baru ini telah
mengeluarkan senarai 40 individu terkaya di Malaysia. Menariknya, buat pertama
kalinya kali ini, 3 daripada 10 individu terkaya di Malaysia terdiri daripada
tokoh korporat Melayu. Siapakah mereka? Ikuti senarai 10 individu terkaya di
Malaysia di bawah ini:
1. Robert
Kuok(54.48)
Robert
Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling
kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 billio berbanding RM46.1 billion tahun
lepas.
2. T.
Ananda Krishnan(RM33.19 billion)
Ananda,
mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha
Tegas SDN BHD bernilai RM33.19 billion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus
daripada RM32.90 billion tahun lepas.
3. Tan
Sri Teh Hong Piow(RM 18.07 billion)
Tokoh
perbankan Public Bank ini kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan
aset bernilai RM18.07 billion.
4. Tan
Sri Quek Leng Chan(RM 14.11 billion)
Tan
Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan
bernilai RM 14.11 billion tahun ini.
5. Tan
Sri Lee Shin Cheng (RM 13.12 billion)
Tan
Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari kedudukan keenanm tahun
lepas dengan kekayaan berjumlah RM 13.12 billion, naik daripada RM 10.56 tahun
lalu.
6. Tan
Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM 11.07 billion)
Tan Sri
Syed Mokhtar Albukhary jatuh ke tempat keenam berbanding tahun lepas walaupun
kekayaan beliau meningkat sebanyak 4.43 peratus kepada RM 11.07 billion
daripada RM 10.6 billion pada tahun sebelumnya.
7. Tan
Sri Lim Kok Thay (RM 9.43 billion)
Kekayaan
ketua Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43
billion.
8. Puan
Sri Lee Kim Hua (RM7.47 billion)
Ibu
kepada Tan Sri Lim Kok Thay mempunyai kekayaan sebanyak RM 7.47 billion,
meningkat 3.2 peratus.
9. Datuk
Mokhzani Mahathir (RM4.22 billion)
Datuk
Mokhzani Mahathir melalui Sapura Kenchana Petroleum berada di tempat kesembilan
dengan aset bernilai RM4.22 billion.
10. Tan
Sri Azman Hashim (RM4.11 billion)
Tokoh
perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki
tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 billion tahun ini.
Fakta
menarik individu terkaya di Malaysia tahun ini:
-Malaysian
Business melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat
kepada RM217.82 billion pada 18 Januari 2014 atau 11.73 peratus daripada
RM194.86 billion tahun lalu.
-Semasa
majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia pada 2002,
gabungan jumlah aset mereka sebanyak RM41.7 billion, dengan Robert Kuok Hock
Nien berada di tempat teratas.
-Malaysian
Business berkata antara fakta menarik ialah sejak 2002, 81 usahawan menyertai
senarai 40 individu terkaya di Malaysia dan 15 berjaya di atas secara
berterusan.
-Keseluruhannya,
peningkatan kukuh kekayaan mereka boleh dikaitkan dengan sumbangan prestasi
pasaran dan harga inflasi, dengan kekayaan mereka sebahagian besarnya
berasaskan kepada pegangan masing-masing.
-Ia juga
menggambarkan prestasi syarikat-syarikat mereka dan pertumbuhan ekonomi
Malaysia yang positif dalam tempoh 12 tahun.
-Tahun
ini terdapat 33 jutawan dalam senarai harta mencecah angka billion, lebih dua
daripada tahun lepas dan 29 daripada 40 dalam senarai lebih tinggi daripada
tahun lepas.
-Daripada
jumlah itu, 20 individu mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.
-Dua
individu kembali memasuki senarai tahun ini, Datuk Tony Tiah dari TA Enterprise
di tempat ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali
Ismail dari Puncak Niaga Holdings memasuki senarai 40 teratas dengan RM543.74
juta.
-Selepas
tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 teratas dinilai berdasarkan nilai pegangan
mereka dalam syarikat tersenarai pada 18 Januari 2014.
No comments:
Post a Comment