Monday, 13 October 2014

Perkembangan Keushawanan di Malaysia


PERKEMBANGAN KEUSHAWANAN DI MALAYSIA




SEBELUM DASAR EKONOMI BARU 


  • Semasa pemerintahan British (1957-1970) kegiatan keusahawanan dikuasai oleh warganegar asing dan bukan bumiputera

  • Bumiputera kebanyakannya petani dan nelayan dan pendapatan mereka RM172 sebulan iaitu di bawah paras kemiskinan

  • Bumiputera kurang melibatkan diri dalam bidang keushawanan disebabkan oleh beberapa faktor:

1. Dasar pemerintahan British yang mengamalkan prinsip ‘pecah dan perintah’.
- Bumiputera terus menjadi petani dan nelayan
-  Bukan bumiputera menjadi penoreh getah, pelombong, peniaga borong dan runcit.
- Oleh itu bumiputera  tidak didedahkan dengan kegiatan perniagaan dan perdagangan.

2.  Dasar ekonomi bebas
- bumiputera    tidak diberi     galakan           dan latihan      formal untuk   menceburi bidang keusahawanan
- oleh itu bumiputera tidak      mempunyai      pengalaman, latihan    atau modal untuk menjalankan             perniagaan

3. Tiada satu dasar yang mendorong untuk melahirkan satu masyarakat usahawan di kalangan bumiputera.
- sistem ekonomi bebas terus diamalkan oleh kerajaan
- oleh itu tidak banyak agensi yang ditubuhkan untuk membantu bumiputera dalam perniagaan

4.  Tidak wujud budaya keusahawanan dalam masyarakat bumiputera  
 - Budaya keusahawanan seperti  berani mengambil risiko/berbudaya saing/bijak mengambil peluang tidak wujud dalam masyarakat bumiputera. Mereka mudah berpuas hati dengan apa yang mereka peroleh.

5. Bumiputera lebih cenderung untuk bekerja  makan gaji
  - tidak melibatkan diri dalam bidang keusahawanan


Jadual 2.1: Semenanjung Malaysia: Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Keluarga Mengikut Kumpulan Etnik, 1970
KAUM
KADAR KEMISKINAN
PENDAPATAN PURATA KELUARGA (SEBULAN)
Melayu
64.8
RM172
Cina
26.0
RM 384
India
39.2
RM304
Lain-lain
44.8
RM813


Jadual 2.2: Semenanjung Malaysia: Hak Milik Modal Saham Mengikut Kumpulan Etnik bagi Syarikat-Syarikat Berhad, 1970
PEMILIKAN
JUMLAH PEMILIKAN
PERATUS
Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah
   125.6
 2.4
Bukan Bumiputera
1,826.5
34.3
Warganegara Asing
3,377.1
63.3







SEMASA DASAR EKONOMI BARU


  • Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 mengakibatkan kepincangan agihan kekayaan dan bidang pekerjaan antara kaum di negara ini.

  • Bagi mengatasi masalah ini, DEB dilancarkan pada 1971- untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan

  • Beberapa langkah diambil bagi meningkatkan penglibatan bumiputera iaitu:

1.      Memperluaskan kegiatan agensi sedia ada
-          Majlis Amanah Rakyat (MARA)
-          Perbadanan Nasional Berhad
 (PERNAS)

2.  Menubuhkan agensi baru
- Lembaga Pembangunan Bandar  (UDA)
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan    (FAMA)
- Bank Pembangunan &  Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB) 

3.  Menyediakan latihan berbentuk  teknikal dan vokasional
- latihan perniagaan dan pengurusan
-memberi bantuan teknikal dan kewangan kepada  usahawan bumiputera yang sedia ada atau usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan

4. Memberi pinjaman tanpa faedah / faedah yang rendah
- melalui agensi-agensi yang memberi bantuan kewangan seperti BBMB / MARA / PERNAS
- Menggalakkan pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
- Memberi pinjaman di bawah Skim Jaminan Kredit melalui CGC

5. Membangunkan lebih banyak industri luar Bandar
- bumiputera diberi peluang sepenuhnya menjalankan perniagaan runcit, borong, dan membaiki kereta
- Membuka kawasan rancangan tanah oleh FELDA di seluruh Malaysia. Contohnya: FELDA Sri Jengka dan Keratong 

6. Menyediakan kemudahan infrastruktur
- bentuk ruang niaga/ bengkel / kilang kecil / ruang pejabat
- dijual / disewa kepada bumiputera pada kadar berpatutan
- melatih kontraktor bumiputera dalam bidang pembinaan

SELEPAS DASAR EKONOMI BARU


  • ·          Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang penting terutamanya dalam bidang pengurusan,pemilikan syarikat perniagaan, dan perdagangan.

  • ·         Bagi meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan, Dasar Pembangunan Negara (DPN) dilancarkan pada 28 Februari 1991


DPN bertujuan untuk :

  • ·         memperkukuhkan pencapaian DEB

  • ·         membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat menambahkan perwujudan guna tenaga & masyarakat.  Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (MPPB).   

-          memberikan pendidikan dan latihan perniagaan untuk meningkatkan  kemahiran.
-          memberi latihan teknikal dan vokasional, komunikasi & Komersial.








No comments:

Post a Comment