Monday, 13 October 2014

Sumber Dorongan Usahawan

SUMBER DORONGAN USAHAWAN
Faktor-faktor yang mendorong individu menceburi bidang perniagaan terdiri dari 2 faktor iaitu :-
1. Faktor Penarik Keusahawanan
.2. Faktor Penolak Keusahawanan 

Faktor Penarik Keusahawanan:
 
Bermaksud faktor atau penyebab seseorang itu menceburi bidang keusahawanan/mungkin kerana sesuatu kehendak.
  • Status Sosial - Ahli korporat mewah
  • Kuasa/kebebasan
  • Nilai tambahan
  • Agen perubahan masyarakat
  • Politik / Dasar Kerajaan - Visi 2020/MPPB
  • Latihan kakitangan kerajaan bersara
  • Program PUM/PPUS
  • Sistem sokongan kerajaan - Pembiayaan kewangan
  • Kemudahan insentif
  • Persatuan Perniagaan
  • Kemudahan pasaran
  • Latihan teknikal/keusahawanan
  • Lokasi / ruang niaga
  • Peluang ekonomi - Keadaan ekonomi
  • Sistem francais
STATUS SOSIAL
A. Ahli Korporat/Mewah
Seorang yang dapat menerajui serta memajukan dalam sektor swasta. Kepimpinan
Seorang yang dihormati / disegani oleh masyarakat. Hormati / segani
Mempunyai pengaruh dan pendedahan terutama dalam membangun ekonomi negara. Pengaruh/pendedahan.
Dapat membangun serta sumbangan kepada masyarakat dalam pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra. Penyumbang MPPB.
Seorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berpandangan jauh ke hadapan. Berwawasan.
Kualiti penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya kereta mewah, rumah besar, pendapatan besar dan lain-lain.

B. Kuasa/Kebebasan
Memiliki kebebasan untuk berfikir / bertindak dan berkuasa membuat keputusan. Bebas.
Senang dan cepat dalam mengesan peluang-peluang perniagaan. Cekap.
Mampu mencorakkan aliran ekonomi negara.

C. Nilai Tambahan 
Menjadi ikutan / model kepada tatapan masyarakat umum. Glamour.
Nilai kepakaran yang tinggi. Kepakaran.
Gaya, kualiti dan keunggulan. Keperibadian.

D. Agen Perubah Masyarakat
Sebagai pemangkin kepada perubahan masyarakat yang dinamik selaras dengan wawasan 2020. Pemangkin.
Mempunyai prakasa (inisiatif) dalam mewujudkan peluang-peluang ekonomi. Prakasa.
Penyelesai masalah sosial contohnya pengangguran , kemiskinan.
 
2. PELUANG EKONOMI
 
I. Keadaan Ekonomi
Stabil
Menggalakkan/meningkatkan pertambahan.
Pasaran yang baik.
Pertumbuhan KPNK 8.5%.

II. Sistem Francais
Harta Kleen - Perkhidmatan Pencucian Rumah.
Yummy Ayam Goreng - Restoran Makanan Segera.
Camel Store - Kedai Pakaian Jenama Camel.
Pharma Care - Kedai Farmasi.
Print Maesto - Percetakan Segera.
bhg, : Bahagian Kemajuan Projek
Tingkat 18, Ibu Pejabat MARA,
Kuala Lumpur.

III. Sistem Vendor
Petronas, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, PERMAS, EMAS.

IV. Konsep Payung
Puspa MARA
Guthrie Furniture
Perabot Kayu (66 Syarikat)
NAFAS
Ayam daging dan telur ayam (pertubuhan peladang negeri dan kawasan)
Besta Distributors
Kordial, sos tomato, sos cili, kicap, jem, seri kaya, serbuk kopi dan rempah.
Guthrie (M) Sdn. Bhd.
Alat tulis (7 syarikat pembuat)
 
3. POLITIK / DASAR KERAJAAN
 
Keadaan Politik
Stabil, kukuh, aman damai, harmoni.
Perkauman yang tidak meruncing.
Dasar Kerajaan
Mengelakkan lebih ramai kaum bumiputra melibatkan dalam dunia keusahawanan.
Sebagai persiapan ke arah pembentukan Negara Perindustrian Baru (NEC)
Wawasan 2020
Masyarakat Daya Tahan
Daya Saing
Daya Maju
Dinamik
Matlamat
Matlamat sebagai negara maju sepenuhnya dalam semua dimensi iaitu Ekonomi, Politik, Sosial, Kerohanian, Psikologi dan Budaya.
Halangan
Bangsa Malaysia yang bersatupadu dan impian yang sama.
Bangsa Malaysia yang punya jiwa merdeka yakin diri.
Negara demokratik teladan.
Masyarakat bermoral dan berakhlak tinggi.
Masyarakat bertoleransi dan saling menghormati.
Masyarakat saintifik, progresif inovatif dan penyumbang.
Masyarakat penyayang yang tegak atas institusi famili yang kukuh.
Masyarakat adil dari segi ekonomi.
Masyarakat makmur dengan ekonomi yang punya daya saing, dinamik dan daya tahan.
MPPB
Melahirkan masyarakat perdagangan / perindustrian bumiputra.
"Budaya Niaga" - melalui pembentukan keluarga usahawan.
Dengan pencapaian matlamat ini dapat menaikkan martabat bangsa Melayu dalam dunia keusahawanan yang sudah lama tercicir di belakang.
Taburan penyertaan yang secara menyeluruh di semua sektor.
Dapat melahirkan bangsa yang dihormati / disegani.

Strategi
Mewujudkan budaya niaga dalam masyarakat kaum bumiputera.
Mempertingkatkan kuantiti, kualiti business start-ups serta survival date perniagaan Bumiputera.
Memperkukuhkan dan memperkembangkan lagi perniagaan yang sedia ada agar dapat mengurangkan kegagalan dalam perniagaan.
Mengutamakan latihan pengurusan dan kemahiran sebagai alat memperteguhkan budaya niaga dan keusahawanan.
Menggalak dan menubuhkan usahawan tulin antara bumiputra dengan bukan bumiputra sebagai landasan untuk memperluaskan pengetahuan dan memperkukuhkan rangkaian perniagaan bumiputra.
Mendedahkan usahawan kepada teknologi baru selaras dengan penekanan yang diberi kepada pembangunan sumber manusia yang mahir dan cekap.
Meningkatkan penyertaan dalam pertumbuhan ekonomi yang strategik dan utama samada di kawasan bandar dan luar bandar.

Kumpulan Sasaran Terdiri :-
Kakitangan kerajaan berpeluang mengikuti Latihan Kakitangan Bersara Kerajaan Berniaga yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Perusahan Awam.
Kumpulan bukan kakitangan kerajaan melalui program PUM (Program Usahawan Muda), PPUS (Program Pembangunan Usahawan Siswazah).
 
4. SISTEM SOKONGAN KERAJAAN:
Berperanan memberi sumber-sumber maklumat, peningkatan kemahiran, peluang-peluang perniagaan melalui strategi berikut:
Penyelidikan dan kenal pasti projek melalui agensi kerajaan, institusi kewangan seperti MARA, Bank Pembangunan, BBMB.
Pembiayaan kewangan dalam usaha menambahkan kaedah institusi kewangan kerajaan/swasta. Seperti Kem. Belia dan Sukan, MARA, Perbadanan Kemajuan Diri, KPLB iaitu alat bantuan mesin, TUB, skim usahawan, dan lain-lain.
Kemudahan insentif perlepasan cukai duti export, Anugerah Usahawan Belia Niaga, Rakan Usahawan Muda, Briged usahawan , Anugerah Usahawan Perdana dan lain-lain.
Kemudahan pasaran luar dan dalam negeri. Melalui MEXPO, NUITI, agensi kerajaan-kerajaan seperti FAMA dan lain-lain.
Latihan teknikal keusahawanan, khidmat pengurusan boleh diperolehi melaui MARA, SIRIM dan MARDI, Pusat pembangunan usahawan di universiti dan lain-lain.
Lokasi ruang perniagaan yang disediakan oleh kerajaan seperti MARA, UDA, Majlis Daerah Kerajaan tempatan, PKEN dan lain-lain.
Persatuan perniagaan pula berperanan sebagai payung yang akan melindungi kebajikan para usahawan seperti DPMN, Persatuan Penjaga dan lain-lain.

3.5.2 Faktor Penolak Keusahawanan
Bermaksud faktor yang menolak seseorang/terpaksa menceburi bidang keusahawanan.
Kekecewaan akibat : Peluang terbatas
Ekonomi meleset
Ketidakpuasan
Budaya keusahawanan
Seseorang itu tertolak ke dalam bidang keusahawanan akibat dari kekecewaan. Kekecewaan ini kerana terbatasnya peluang pekerjaan terutamanya di kalangan pendatang. Contoh yang jelas ialah masyarakat Cina di Malaysia menjadi masyarakat pedagang kerana pada asalnya mereka hanya pendatang di sini dan peluang mendapatkan rezeki adalah terhad. Sebaliknya masyarakat pribumi tidak merasa perlu bersusahpayah melibatkan diri dengan bidang keusahawanan sehingga pada hari ini mereka jauh ketinggalan dalam bidang ini.
Kemelesetan ekonomi juga mengurangkan peluang pekerjaan dan ini menjadi penyebab kenapa bidang perniagaan yang diterokai. Ini ialah kerana apabila ekonomi merosot, kerajaan atau swasta akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Akibatnya , peluang pekerjaan adalah terhad. Maka jalan yang terbuka hanyalah dengan bekerja sendiri khususnya perniagaan.
Ada juga individu yang tertolak ke dalam bidang keusahawanan disebabkan tidak mendapat kepuasan daripada jawatan yang disandang sekarang. Ini mungkin disebabkan oleh jawatan yang tidak sesuai dengan diri, gaji yang rendah, atau masalah dengan majikan.Lantas individu tersebut meninggalkan kerjanya dan menjadi usahawan, di mana segala kuasa di bawah tangannya. Sesetengah individu pula terutama golongan kaya dengan budaya keusahawanan, kerana tradisi keluarga dan dibantu oleh sistem sekarang secara langsung dan tak langsung telah menolak individu tersebut menjadi usahawan.
 
FAKTOR PENARIK KEUSAHAWANAN
 
ANDA
Penyelidikan Kemudahan Pasaran
Dan Kenalpasti Projek
Pembiayaan Kewangan Latihan Teknikal
Keusahawanan
Kemudahan Insentif Khidmat
Pengurusan
Persatuan Perniagaan Lokasi / Ruang
Perniagaan
 
SISTEM SOKONGAN
Definisi Sistem Sokongan
Konsep sistem sokongan ialah kemudahan yang disediakan samada oleh agensi kerajaan atau swasta dalam membantu melaksanakan atau mengembangkan rancangan perniagaan seseorang usahawan.

Bentuk-bentuk sistem sokongan yang disediakan ialah :-
Penyelidikan dan Mengenalpasti Projek
Kemudahan Pembiayaan Kewangan
Kemudahan Insentif
Kemudahan Pemasaran
Latihan Teknikal Keusahawanan dan Khidmat Nasihat Pengurusan
Lokasi dan Ruangniaga
Persatuan-Persatuan Perniagaan
Penyebaran Maklumat

3.6.2 Bentuk-bentuk Sistem Sokongan  
Penyelidikan Dan Mengenalpasti Projek
Bentuk-bentuk kemudahan ini membantu usahawan atau bakal usahawan antara lainnya dalam mengenalpasti projek-projek baru yang berdaya maju dan membuat penyelidikan samada dari segi kajian-kajian pemasaran, teknologi, perangkaan dan banyak lagi.
Antara agensi yang terlibat dalam penyelidikan mmengenalpasti projek ialah SIRIM, MARDI, MIDA, MIDF, FAMA, BPMB, PORLA, RRI dan FRIM.
Kemudahan Pembiayaan Kewangan
Kemudahan ini penting untuk membiayai perlaksanaan samada yang mula hendak berniaga atau yang telah menjalankan perniagaan. Kemudahan berbentuk pembiayaan kewangan ini disediakan oleh bank-bank saudagar, bank pembangunan, bank-bank perdagangan, agensi-agensi kerajaan dan lain-lain.

Kemudahan Insentif
Kerajaan telah menyediakan berbagai bentuk kemudahan dan galakan pelaburan melalui Akta Penggalakan Pelaburan dalam usaha untuk memajukan perusahaan dalam negara. Di antara bentuk insentif ialah status perintis, elaun cukai pelaburan, pemotongan dari pendapatan terlaras dan insentif penyelidikan dan perkembangan (R&D).

Kemudahan Pemasaran 
Dalam program pemasaran, tujuan agensi-agensi ialah untuk mengedarkan produk siap yang dikeluarkan oleh usahawan. Di antara agensi yang terlibat ialah Karyaneka, FAMA, Guthrie Furniture, Besta Distributor dan lain-lain.
Latihan Teknikal, Keusahawanan Dan Khidmat Nasihat Pengurusan
Kemudahan Latihan Teknikal - antara agensi terlibat MARDI, SIRIM, JKR, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Pusat Kemahiran Dan Lanjutan, Jabatan Perikanan dan lain-lain.
Kemudahan Latihan Keusahawanan dan Pengurusan - agensi terlibat ialah MARA, MEDEC, NPC, KBS. Walaupun agensi-agensi dan institusi-institusi tersebut memberi latihan dari segi teknikal atau pengurusan mereka juga memberi sokongan dari segi khidmat nasihat dan ini termasuklah juga peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi seperti ITM, UTM, UPM dan USM.

Lokasi Dan Ruang Niaga
Bentuk kemudahan ini diwujudkan untuk mengatasi masalah kesukaran dan kekurangan mendapatkan tapak perniagaan. Antara agensi-agensi yang menyediakan kemudahan ini ialah: MARA, BPMB, MIEL, Perbadanan Kemajuan Negeri, Majlis Perbandaran dan Kerajaan Tempatan.

Persatuan-persatuan Perniagaan
Persatuan bukan sahaja bertindak sebagai "pressure group" dalam menjaga kepentingan ahli, malah ia juga akan mengendalikan seminar, dialog, memberi latihan / kursus dan sumber penyebaran maklumat. Dengan itu, faedah-faedah yang diperolehi apabila menyertai persatuan ialah ahli-ahli dapat bertukar pendapat dan fikiran, mendapat peluang-peluang perniagaan, memberi sokongan pada perniagaan ahli-ahli dan menguatkan hubungan antara ahli-ahli. Antara persatuan ini ialah Persatuan Pemborong Binaan, Dewan Perniagaan Melayu, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil dan lain-lain lagi.
Sistem sokongan yang diwujudkan adalah bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan memajukan lagi perniagaan mereka. Namun demikian, usahawan perlu sedar bahawa sokongan tersebut bukanlah yang berbentuk kekal. Bentuk-bentuk sokonagan ini biasanya akan berubah dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment